Tuesday, 3 December 2013

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 (Walk In)

Assalam Alayk

Minggu ini saya bertugas di sekolah. Sambil-sambil buat kerja mengemas di bilik kaunseling, saya dapat maklumat yang boleh di kongsi bersama dengan pelajar-pelajar dan semua orang yang ingin melanjutkan pelajaran di Politeknik.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013 Secara Datang Terus (Walk In)


Calon-calon lulusan SPM yang berminat boleh hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik yang terdekat dengan membawa dokumen berikut :

  1. Salinan keputusan SPM
  2. Salinan sijil kokurikulum Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang disahkan
  3. Salinan kad pengenalan
Penawaran adalah tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan program.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Disember 2013.

Jadi kepada yang berminat, sila rujuk Politeknik untuk melihat senarai program yang ditawarkan. 

Jangan lengah-lengah lagi, segera bertindak sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik. Mungkin sebelum ini nasib tidak menyebelahi anda untuk melanjutkan pelajaran, jadi gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. 

Selamat Maju Jaya.

Wednesday, 27 November 2013

Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2014/2015

Assalam Alayk

Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk berkongsi sesuatu yang penting di blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan pembelian nombor unik ID untuk permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik & ILKA bagi sesi akademik 2014/2015.


Kebanyakan murid Tingkatan 5 dan semua pelajar Tingkatan 6 Atas telah tamat menduduki peperiksaan. Kebiasaannya murid dan pelajar SMK Sungai Besar pada tahun-tahun yang lepas membeli nombor unik ID secara pukal melalui Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sungai Besar.

Tetapi pada tahun ini, murid Tingkatan 5 dan pelajar Tingkatan 6 Atas dinasihatkan untuk berurusan terus dengan Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mendapatkan Nombor Unik ID mulai 20 JANUARI 2014

Selain itu, murid dan pelajar yang mempunyai kad GIRO boleh membeli terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk capaian. 

Program Pengajian Lepasan seperti berikut :

a) Kategori A (RM 10.60):
  • Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.
b) Kategori B (RM15.60) :
  • Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.

Oleh itu, murid dan pelajar SMK Sungai Besar serta pelajar dari sekolah lain perlu sentiasa peka dengan informasi-informasi terkini berkaitan permohonan kemasukan ke IPTA. Jangan jadi seperti 'katak di bawah tempurung'. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh hubungi Guru Bimbingan & Kaunseling anda.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian kita.

Wassalam.

Sunday, 3 November 2013

Doa Hari Lahir

Assalam Alayk

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..



Sanah Helwa. Selamat ulang tahun kelahiran buat diriku sendiri. Semakin bertambah umur kita, semakin dekatlah kita dengan kematian. Walaupun begitu, kita wajib memohon agar dipanjangkan umur supaya kita dapat memperbanyakkan amalan kita serta lebih bersedia untuk menghadap Tuhan Rabbul Jalil di akhirat kelak. 

Di sini saya ingin berkongsi doa nukilan dari seorang hamba Allah untuk kita kongsi bersama.


DOA HARI LAHIR

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.



Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, bapa dan muaalim yang soleh..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Amin.

Doa Ulang Tahun Perkahwinan

Assalam Alayk

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

Happy 6th Anniversary ...

Enam tahun hidup bersama terasa baru semalam kita dinikahkan. Enam tahun yang penuh pengalaman dan pengajaran.Tiada hadiah istimewa melainkan doa ku titipkan buat kita bersama. Semoga Allah memberkati dan merahmati perkahwinan kita dalam meneruskan perjalanan hidup di samping anak-anak tersayang.


DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah...
Aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga ke saat ini. 
Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah...
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, 
yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, 
yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan 
yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah...
Andai semua itu tak layak bagi kami, 
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. 
Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta 
saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah...
Sempurnakanlah kebahagiaan kami 
dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu 
dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, 
pertautkan hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang

Amin.

Tuesday, 22 October 2013

Resepi Cheesekut Sedap & Mudah

Assalam Alayk

Kali ini saya ingin berkongsi resepi "Cheesekut" yang mudah hendak dibuat dan sedap dimakan. Resepi ini saya dapat dari blog SayaPunyeBelog. Cheesekut ini boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja untuk dimakan seisi keluarga atau dinikmati bersama rakan-rakan. 

Resepi Cheesekut

Bahan-bahan :
  1. 250 gram cream cheese
  2. 1/2 tin susu pekat manis
  3. Susu Dutch Lady (low fat, high calcium milk)
  4. 1 paket biskut Cream Crackers
  • Saya gunakan cream cheese jenama Tatura.
  • Susu pekat manis pula jenam F&N. Sekiranya suka manis, boleh masukkan lebih dalam bancuhan.
  • Susu Dutch Lady ada dua jenis, antaranya Fresh Milk dan Low Fat. Jadi, boleh pilih sama ada hendak gunakan Fresh Milk atau Low Fat.
Cara-cara membuat :
  1. Pukul 250 gram Cream Cheese sehingga kembang dengan menggunakan mixer atau blender.
  2. Masukkan susu pekat manis sedikit demi sedikit (kalau kurang manis, tambah lagi). Pukul lagi.
  3. Masukkan 2 - 3 sudu susu Dutch Lady. (Berdasarkan kepekatan bancuhan. Jangan cair sebab bila cair kek akan jadi lembik dan susah hendak potong. Seelok-eloknya, tidak pekat dan tidak cair.)
  4. Sediakan semangkuk susu Dutch Lady.
  5. Ambil biskut dan kemudian celupkan ke dalam susu Dutch Lady dan susun biskut dalam bekas. 
  6. Kemudian, lapiskan biskut dengan bancuhan cream cheese tadi.
  7. Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga habis bancuhan cream cheese tadi.
  8. Lapisan atas sekali mesti dilapis dengan cream cheese.
  9. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais semalaman.
Hasilnya :


Resepi ini boleh diubah mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.

Monday, 14 October 2013

Resepi Muffin Chocolate Chip Mudah

Assalam Alayk


Pertama kalinya saya ingin berkongsi resepi muffin yang paling mudah untuk disediakan bagi saya. Terima kasih kepada Ummi Zaihadi untuk perkongsian resepi ini. Atas permintaan anak-anak tersayang saya telah menyediakan Muffin Chocolate Chip ini. Saya telah memasak muffin ini dengan menggunakan Pemanggang Ajaib Generasi ke-2

Mudah untuk menyediakan muffin ini, hanya 15 minit sahaja untuk menyediakan campuran bahan dan kemudian bakar. Dengan menggunakan pemanggang ajaib, muffin ini hanya perlu dimasak selama 10 minit sahaja untuk setiap sesi. 

Resepi Muffin Chocolate Chip :
(Resepi untuk 12 biji muffin)



Bahan-bahan :
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan srbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan chocolate chips
Cara membuat :
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam (ayakkan dan ketepikan).
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila & minyak (kacau rata).
  3. Masukkan campuran tepung tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan Chocolate Chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 10 minit / hingga masak.
Selamat mencuba semua.



Thursday, 10 October 2013

APA ITU NUTRIFERON

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan "Nutriferon".

APA ITU NUTRIFERON?
Nutriferon terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. Nutriferon menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

APAKAH INTERFERON?


Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.


SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON?
  1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
  2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
  3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum.
  4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
  5. Individu yang diet mereka tidak optimum
  6. Individu yang sering tertekan / hidup dalam tekanan
  7. Individu yang gaya hidupnya tidak / kurang aktif
KENAPA PERLU NUTRIFERON?



Untuk kegunaan harian, Nutriferon meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

Nutriferon berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu :
  • Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
  • Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.


KENAPA NUTRIFERON SHAKLEE?


  1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.
  2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.
  3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.
  4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
  5. Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.
  6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.
  7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*Adakah anda sudah bersedia untuk membuat pilihan daripada panadol kepada 'Nutriferon'?